Berita
Kerajaan PH Negeri Sembilan sumbang RM480 ribu kepada sekolah Tamil
SEREMBAN: Sebanyak 61 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari Negeri Sembilan, menerima sumbangan kewangan RM480,000 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
“Sumbangan ini bagi memastikan pelajar di SJKT dapat menimba ilmu dalam suasana yang lebih baik,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian selepas menyerahkan cek sumbangan kepada 61 guru besar SJKT di Majlis Perasmian Karnival Deepavali Negeri Sembilan 2022 di Jalan Dato’ Lee Fong Yee.
Turut bersama, Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar.