Menarik
Kerosakan infrastruktur Surau dan Balai Raya Taman Sri Mawar dapat perhatian Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Kerosakan infrastruktur Surau dan Balai Raya Taman Sri Mawar mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.
“Justeru, kerja-kerja menambah baik dan membaiki kerosakan infrastruktur surau dan balai raya telah dilaksanakan di bawah peruntukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.
“Saya berharap dengan pelaksanaan kerja ini, penduduk dan kariah surau akan rasa lebih selesa,’ ujar Gunasekaren.
Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi KRT Taman Sri Mawar, Encik Effiza Shezmein dan Ahli Jawatankuasa Encik Tajuddin.