Berita

KPKT lulus RM200,000 projek turap jalan di Kampung Baru Rasah

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah melawat dan meninjau aduan mengenai sebuah rumah yang telah rosak dimakan anai-anai di Kampung Baru Rahang.

Gunasekaren berkata, peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebanyak RM19,000 telah diluluskan untuk kerja-kerja baik pulih rumah yang rosak tersebut.

“Selain itu, turut diluluskan projek kedua menurap jalan di Kampung Baru Rahang di bawah peruntukan KPKT sebanyak RM200,000.

“Manakala, projek pertama iaitu ‘naik taraf longkang’ sebelum ini telah siap dilaksanakan pada bulan Ogos.

“Saya juga berharap agar kerja-kerja membaik pulih jalan akan meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Pegawai Khas Ahli Parlimen Rasah, Edward; Pengerusi JPKK Kampung Baru Rahang, Liew dan Pengerusi Komuniti Malaysia Madani Forest Heights, Eric Wong.

Show More

Related Articles

Back to top button