Menarik
Latif sumbang khemah kepada peniaga kecil
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberi sumbangan khemah kepada seorang peniaga di Air Kuning Selatan.
Abd Latif berkata, kebanyakkan khemah peniaga-peniaga kecil di sini telah usang dan rosak akibat hujan lebat.
“Saya juga turut berikan kanvas untuk mereka gunakan sewaktu berniaga.
“Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka menjalankan perniagaan seperti biasa,” kata Abd Latif.
Turut hadir Pengerusi MPKK Parit Buloh, Encik Abdull Aziz dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Kuning, Encik Chin Kwee Hin.