Berita
LINGGI: Rumah warga emas dibaik pulih
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyumbang 10 keping zink bagi membaik pulih bumbung rumah seorang warga emas, Puan Majenah Merah, 73 tahun.
Sumbangan 10 keping zink ,kepada keluarga yang memerlukan di Kg Telok untuk rumah atap bocor.
“Puan Majenah dari Kampung Telok telah memohon bantuan zink untuk bumbung rumahnya yang bocor.
“Prihatin dengan permasalahan beliau, saya dengan segera meluluskan permohonan bagi projek membaik pulih tersebut.
“Selepas ini Puan Majenah boleh tinggal dengan lebih selesa dan tidak perlu risau setiap kali hari hujan,” kata Rusli.