Berita

Loke sumbang RM50,000 kepada Kuil Sri Subramaniar Bala Thandayuthapan, Lobak

NILAI: Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke Siew Fook menyumbang RM50,000 kepada Kuil Sri Subramaniar Bala Thandayuthapan, Lobak.

Loke berkata, peruntukan ini adalah sebahagian Projek Mesra Rakyat Parlimen Seremban untuk menaiktaraf tangga kuil dan kerja yang berkaitan.

“Rumah ibadat merupakan institusi yang penting bukan sahaja untuk upacara sembahyang tetapi juga memainkan peranan untuk menyemai nilai murni dan akhlak yang baik di kalangan penganutnya dan anak muda.

“Kuil ini terletak berdekatan dengan Rumah Pangsa Lobak yang kebanyakannya didiami oleh keluarga B40.

“Usaha bersama perlu dilaksanakan untuk memastikan generasi muda di kawasan ini tidak terjerumus dalam masalah sosial seperti penagihan dadah dan gangsterisme,” kata Loke.

Menurut Loke, Pusat Khidmat Rakyat DUN Lobak dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah memulakan kempen kesedaran di kawasan tersebut.

“Semoga masyarakat setempat dapat hidup dengan harmoni dan anak muda mendapat pendidikan dengan sempurna,” ujar Loke.

Turut hadir, Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar dan ADUN Lobak, YB Chew Seh Yong.

Show More

Related Articles

Back to top button