Berita
MAINS tawar perkhidmatan kaunseling percuma

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menawarkan perkhidmatan kaunseling secara percuma untuk semua orang tanpa mengira agama dan bangsa.
Antara jenis perkhidmatan yang ditawarkan adalah Kaunseling Komuniti khusus untuk masyarakat umum dan setempat di Negeri Sembilan.
Ia akan dijalankan oleh kaunselor-kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan dilindungi di bawah Akta Kerahsiaan (Akta 850).
Anda boleh menghubungi talian berikut untuk membuat janji temu.
019-7006629 (Telekaunseling MAINS)
06-7622445 (Kaunter)




