Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina diawalkan

SEREMBAN: Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri Sembilan diawalkan pada 9 Februari (Khamis) ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sambutan ini akan bermula pada pukul 8.00 malam di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (Jalan Yam Tuan).

“Minggu lepas saya umum majlis ini akan diadakan pada 11 Februari, namun disebabkan beberapa masalah teknikal, kita mengambil keputusan untuk mengadakan majlis ini pada 9 Februari ini.

“Saya menjemput seluruh rakyat Negeri Sembilan untuk hadir ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 9 Februari nanti,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button