BeritaMenarik

Malaysia dan Mesir jalin usahasama perniagaan dan perdagangan

MESIR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan delegasi perniagaan Malaysia telah menghadiri sesi meja bulat bersama 60 pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Mesir.

“Sesi ini turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa Republik Arab Mesir, TYT Hassan El Khatib dan dimanfaatkan sebaiknya untuk berinteraksi serta memberi keyakinan kepada mereka terkait peluang pelaburan di Malaysia selain penerokaan usahasama perniagaan dan perdagangan dengan syarikat di negara kita.

“Beberapa peluang dalam industri sawit, automotif, farmaseutikal dan produk perubatan, semikonduktor, sektor digital serta tenaga diperbaharui dibincangkan dalam sesi yang produktif ini.

“Insya-Allah berdasarkan polisi Kerajaan MADANI yang jelas serta angka dan penunjuk ekonomi Malaysia yang memberangsangkan disamping pengiktirafan sebagai hab utama dalam bidang semikonduktor dan tenaga hijau di rantau Asia tenggara dapat memacu pertumbuhan ke peringkat global,” kata Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button