Berita

Malaysia dan New Zealand komited memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas akhir 2025

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

“Perbincangan kami tertumpu kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala meliputi pelbagai bidang strategik termasuk perdagangan, pelaburan, pertanian, perikanan, pembangunan industri halal, pendidikan serta tenaga boleh baharu.

“Kedua-dua pihak turut meneliti kemajuan pelaksanaan serta rundingan beberapa memorandum persefahaman dan perjanjian sedia ada, merangkumi bidang belia dan sukan, pendidikan, pertanian, keadilan jenayah, jenayah rentas sempadan, pengurusan bencana dan kastam.

“Malaysia dan New Zealand kekal komited untuk memuktamadkan semakan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia–New Zealand (MNZFTA) menjelang akhir 2025, di samping memperkukuh kerjasama dalam sektor halal.

“Kami juga bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa, termasuk perkembangan di Myanmar dan Palestin, dengan menegaskan komitmen bersama terhadap prinsip keamanan, keadilan dan pembangunan inklusif.

“Semoga hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan New Zealand terus mekar, memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” kata Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button