Berita
Mangsa ribut dapat perhatian Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah melawat rumah mangsa bencana ribut.
Gunasekaren berkata rumah Encik Er Cheng Hoo mengalami kerosakan bumbung rumah kerana ribut tempoh hari.
“Bumbung yang rosak telah diganti di bawah peruntukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya,” kata Gunasekaren.
Turut hadir Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban Encik Minnal dan Encik Muganthan.