Berita
Mangsa ribut dapat perhatian Latif
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah turun padang bagi melihat empat buah rumah yang rosak akibat ribut di Jalan Tiga Nenek, Kampung Gedok.
Abd Latif berkata kejadian angin kencang itu telah mengakibatkan sebahagian bumbung rumah penduduk kampung rosak serta diterbangkan angin.
“Kerja-kerja menggantikan bumbung rumah telah disegerakan.
“Selain dari itu, terdapat pokok tumbang menghalang jalan utama.
“Saya telah membantu penduduk kampung bagi melakukan pembersihan kawasan tersebut.
“Bantuan sewajarnya akan disalurkan kepada mangsa bagi meringankan beban mereka,” kata Abd Latif.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Gedok, Puan Aishah dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Gedok, Encik Wong.