Berita

Masalah rakyat tetap diberi perhatian – Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun akan mengumumkan beberapa insentif baharu semasa pembentangan Belanjawan 2022 Negeri Sembilan pada 26 November ini.

Aminuddin berkata, walaupun insentif yang akan diumumkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan itu nanti tidak sebanyak seperti tahun sebelumnya, tetapi beberapa insentif baharu tetap akan diumumkan.

“Dalam keadaan sukar pun, kita kena memikirkan masalah rakyat.

“Walaupun tak banyak seperti sebelum ini, pasti ada insentif baharu yang kita rasakan perlu diberi untuk meningkatkan pendapatan rakyat,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian apabila ditanya Negeri Kita, adakah Kerajaan Negeri akan mengumumkan insentif baharu pada pembentangan Belanjawan 2022; memandangkan pendapatan Kerajaan Negeri untuk tahun 2021 dijangka berkurangan berbanding tahun sebelumnya akibat kesan pandemik Covid-19 yang menjejaskan ekonomi negara dan negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button