Berita

Masyarakat berbilang kaum hadir meriahkan Hari Informasi Pertanian

AMPANGAN: Masyarakat berbilang kaum dan pelbagai lapisan umur hadir dan memeriahkan Program Hari Informasi Pertanian Peringkat Daerah Seremban di Dataran Ampangan@Benteng Ampangan.

ADUN Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, program yang diadakan selama dua hari itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Dalam pada itu, pada majlis ini saya juga menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga asnaf dari DUN Ampangan.

“Pada masa yang sama, saya juga menyerahkan insentif daripada Kerajaan Negeri Sembilan kepada usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Jabatan Pertanian Daerah Seremban dan semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini,” kata Tengku Zamrah.

Show More

Related Articles

Back to top button