Berita
Memulakan langkah 2026 dengan tekad dan strategi padu

SEREMBAN: Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan bagi Bilangan 1 untuk tahun 2026.
“Mesyuarat pertama bagi tahun ini amat penting sebagai wadah untuk menyusun semula gerak kerja, memperkukuh organisasi, dan membincangkan hala tuju parti di peringkat negeri.
“Fokus utama kami kekal konsisten, iaitu memperjuangkan nasib rakyat dan memastikan kestabilan politik di Negeri Sembilan terus terpelihara.
“Syabas kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir memberikan input dan pandangan yang bernas.
“Moga tahun 2026 ini membawa lebih banyak keberhasilan buat parti dan masyarakat,” kata Jalaluddin.



