Berita

MPPD larang orang ramai buang sampai dari dalam kenderaan

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melarang orang ramai membuang sampah daripada dalam kenderaan.

Hal ini kerana sampah yang dibuang bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malahan terdapat sampah yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Selain itu, ia juga memberikan tanggapan tidak baik kepada pelancong.

Membuang sampah dari kenderaan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM500.

Terdapat juga kawasan tertentu yang dipantau melalui rakaman kamera litar tertutup untuk memastikan undang-undang dipatuhi.

Dengan kerjasama semua pihak, Port Dickson akan kekal bersih, selamat, dan mesra pelancong.

Kita bukan sahaja menjaga bandar untuk pengunjung, tetapi juga untuk diri sendiri dan generasi akan datang.

Kebersihan mencerminkan keprihatinan dan imej kita, mari bersama pastikan Port Dickson sentiasa membanggakan!

Show More

Related Articles

Back to top button