Berita
Nasir ‘belanja’ sarapan pagi untuk pelajar sekolah
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman ‘belanja’ murid-murid sekolah dengan sarapan pagi.
“Pek sarapan pagi diedarkan kepada sejumlah murid-murid Sekolah Kebangsaan Telok Kemang.
“Sarapan pagi adalah penting bagi anak-anak ini sebelum memulakan hari persekolahan kerana sesi pembelajaran dan aktiviti sukan memerlukan tenaga yang secukupnya.
“Semoga program sarapan pagi ini mengembirakan murid-murid ini.
“Terima kasih kepada guru besar, Ustaz Halue dan guru-guru yang beri kerjasama menjayakan program ini walaupun hujan gerimis,” kata Nasir.