Berita

Nasir sumbang RM1,000 kepada Masjid Teluk Kemang

BAGAN PINANG: Pengurusan Masjid Teluk Kemang dan Surau Taman Intan Perdana masing-masing menerima sumbangan RM1,000 daripada Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman.

“Sumbangan RM1,000 diberikan untuk menghidupkan aktiviti di masjid dan surau sepanjang Ramadhan.

“Semoga Ramadhan tahun ini terus subur dengan aktiviti ibadah dan kemasyarakatan,” kata Nasir.

Terlebih dahulu, Nasir menyantuni pengunjung dan peniaga di Bazar Ramadhan Taman Politeknik dengan mengedarkan kurma, pelitup muka dan akhbar Nogori Kito.

“Saya sempat bertahlil, berbuka puasa dan bersolat Maghrib bersama jemaah di surau Taman Intan Perdana.

“Selepas itu saya bersolat Isyak dan Tarawikh di Masjid Teluk Kemang,” katanya.

Turut bersama Pengerusi MPKK Teluk Kemang, Encik Zulkifli; sukarelawan Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang dan ahli AMANAH Cawangan Taman Intan Perdana.

Show More

Related Articles

Back to top button