Berita
Nasir sumbang RM1,000 kepada petani terjejas banjir
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah menyumbang RM1,000 kepada seorang petani Encik Barmasevam Kannusamy.
Nasir berkata, Encik Barmasevam merupakan seorang petani nenas yang terjejas akibat banjir tempoh hari.
“Kejadian banjir yang melanda kawasan ini telah merosakkan tanaman beliau.
“Sumbangan ini adalah daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan petani yang dilanda bencana banjir di negeri ini.
“Semoga Encik Barmasevam terus bersemangat untuk bergiat dalam bidang pertanian,” kata Nasir.