Berita

Khalidah seru pendidik beri komitmen pelaksanaan RPM

SEREMBAN: Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Puan Khalidah Omar menyeru agar warga pendidik Negeri Sembilan di semua peringkat untuk memberikan komitmen penuh terhadap Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Khalidah berkata bahawa RPM tersebut telah dirangka dan diperhalusi secara holistik merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan dan keberhasilan.

“Sehubungan itu, pencapaian sasaran RPM merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan sinergi, akauntabiliti dan iltizam berterusan daripada semua pihak,” kata Khalidah.

RPM telah diluncurkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 20 Januari lalu yang bertujuan untuk memacu lonjakan pendidikan negara.

Show More

Related Articles

Back to top button