Berita
Negeri Sembilan peruntuk RM2.74 juta bagi kebajikan
BAJET 2023: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM2.74 juta bagi bidang tumpuan kebajikan dalam Belanjawan 2023.
Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, Kerajaan Negeri akan mengekalkan tujuh inisiatif sedia ada iaitu takaful khairat kematian bagi orang Islam dan hibah kematian bagi bukan Islam, bayaran Ex-Gratia Pengerusi MPKK yang meninggal dunia, bantuan peralatan orthopedik, tabung perubatan haemodialisis, food bank dan Rumah Minda Ceria.
“Keseluruhan inisiatif ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.74 juta pada tahun 2023,” katanya.