BeritaYB Kita

Noorzunita sumbang RM20,550 kepada dua mangsa kemalangan

PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM20,550 kepada dua individu mangsa kemalangan jalan raya.

“Individu pertama dalah Encik Muhammad Danish Ikram Muhammad Haiqal Hakimi yang berada di rumahnya di Taman Bukit Intan.

“Saya telah memberikan sumbangan berjumlah RM5,250 kepada beliau.

“Seterusnya, saya telah memberikan sumbangan berjumlah RM15,300 kepada Encik Shafiq Azmi di Taman Selasih.

“Sumbangan yang diberikan kepada mereka berdua adalah bertujuan membantu mereka menjalani rawatan implan.

“Bantuan ini juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan yang bertujuan membantu mereka meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Moga sumbangan dan ziarah ini dapat memberi semangat dan kekuatan buat mereka untuk terus tabah menghadapi ujian,” kata Noorzunita.

Show More

Related Articles

Back to top button