13 individu terima pelbagai sumbangan daripada Razi

SUNGAI LUI: Seramai 13 individu telah menerima pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Dato’ Mohd Razi Mohd Ali.
“Seramai empat orang pengantin baharu menerima Bantuan Belia Berkahwin Negeri Sembilan.
“Setiap seorang daripada mereka menerima bantuan kewangan RM500.
“Seramai tujuh orang mahasiswa pula menerima Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan.
“Jumlah bantuan kewangan yang anak-anak ini terima bergantung kepada tahap pengajian masing-masing seperti ijazah, diploma atau sijil,” jelas Mohd Razi.
Dalam pada itu dia individu yang keuzuran menerima sumbangan kerusi roda daripada Mohd Razi.
“Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga serta membantu pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
“Selepas penyerahan bantuan, saya turut berkesempatan berjumpa dan beramah mesra dengan rakyat yang hadir bagi mendengar pandangan serta perkongsian mereka.
“Semoga bantuan ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin semangat kepada golongan belia dan pelajar untuk terus maju serta berbakti kepada masyarakat,” kata Mohd Razi.



