NS Corp diminta bina strategi inovatif
LANGKAWI: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun meminta semua Ahli Lembaga NS Corp memperkukuh kerjasama dan mencari solusi terbaik untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi.
“Platform ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan bertukar pandangan, berkongsi idea dan membina strategi yang lebih inovatif dan mampan selaras dengan tema “Synergy Unleashed”.
“Tahun 2025 bakal membawa pelbagai cabaran dan peluang baharu, dan saya yakin dengan semangat kerjasama yang tinggi serta komitmen dari setiap individu, kita mampu memperkukuhkan sinergi dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan efisyen.
“Semoga program ini berjalan lancar dan memberikan impak positif buat NS Corp dan Kerajaan Negeri Sembilan amnya,” katanya.
Aminuddin berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama Majlis Pembukaan NS Corp Retreat 2024 di Langkawi.