Berita
Padang awam Taman Seremban Jaya dinaiktaraf
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah meninjau kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf padang awam untuk Persatuan Tai Chi di Fasa 5, Taman Seremban Jaya.
“Kerja-kerja akan dilaksanakan di bawah Peruntukan P.56 berjumlah RM 10,000 untuk masyarakat DUN Seremban Jaya.
“Diharapkan dengan kemudahan ini memberi keselesaan kepada ahli Persatuan Tai Chi menjalankan aktiviti sukan dan riadah,” ujar Gunasekaren.