Berita

Aminuddin seru Kementerian Pendidikan lakukan pemeriksaan berkala bangunan asrama lebih 10 tahun

PEDAS: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru agar Kementerian Pendidikan melakukan pemeriksaan secara berkala ke atas bangunan asrama lebih 10 tahun.

Aminuddin berkata, kejadian kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abu Hassan Sail, Pedas harus dijadikan iktibar buat kita semua.

“Disebabkan sekolah berada di bawah Kementerian Pendidikan, maka saya menyeru agar pemeriksaan setiap tiga tahun dilakukan kepada semua sekolah berasrama penuh di negara ini.

“Ini bertujuan bagi memastikan sistem pendawaian di setiap sekolah berada dalam keadaan yang terbaik dan selamat digunakan.

“Kita bersyukur bahawa kejadian kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abu Hassan Sail tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abu Hassan Sail.

Show More

Related Articles

Back to top button