Berita
Pengawal keselamatan disantuni sempena Aidilfitri
PORT DICKSON: Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson bersama Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada 39 orang pengawal keselamatan dari Parlimen Port Dickson.
Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu para penerima bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Majlis penyerahan sumbangan ini berlangsung di Klana Resort Port Dickson.