
Dalam banyak-banyak pengumuman PMX pagi semalam, saya tertarik tentang bil elektrik turun.
Sebab memang saya pantau sentiasa bil elektrik ini.
Dah perasan dari minggu lepas macam lebih murah. Tapi tak berani nak tulis lagi takut bacaan masih tak betul.
Maklumlah, awal bulan hari tu apps MyTNB jadi gila sat. Dia kira 1kWh = RM1. Melambung kaw-kaw masa tu.
Lepas itu dah dibetulkan, jadi murah. Tapi masih tak berani nak komen takut masih belum final (bil terkini).
Apabila dah dengar pengumuman PMX, betul lah ini rasanya.
Penurunan bil elektrik ini paling memberi impak pada saya. Beza harga dekat RM150.
Penurunan minyak 6 sen seliter tu tak beri impak sangat. Pakai 300 liter sebulan baru jimat RM18.
Tapi bagi sesetengah orang, RM18 ini besar. Lepas lah beli beras 5 kg dan telur 5 biji. Alhamdulillah.
Bantuan one-off RM100 untuk semua rakyat Malaysia berusia lebih 18 tahun pun lebih baik dari bantuan RM30 ringgit dulu.
Nilai RM100 ini tak lah besar mana zaman sekarang, namun masih memberi kesan kepada yang benar-benar memerlukan.
Dalam banyak-banyak benda diumumkan, pada saya 3 pengumuman ini memberi impak dan dapat dirasai rakyat.
Paling saya suka, bil elektrik itu lah.
Alhamdulillah. Tetaplah ucap kesyukuran walau pada sesetengah orang ianya kecil.
Jika nikmat kecil pun kita tak mampu nak syukuri, bagaimana Allah nak kirim rezeki yang lebih besar?
Ada orang kata PMX terdesak umum hal ini menjelang Himpunan Turun Anwar 26 Julai ini.
Ada yang kata ia hanya gula-gula sahaja. Bagi manis-manis sikit sebelum kaut lebih banyak.
Ada yang kata, semua yang diumum itu tidak boleh percaya.
Ada pelbagai teori lah tentang pengumuman kali ini. Begitu, begini. Masing-masing ada pandangan sendiri.
Terpulanglah anda semua nak bias dan berpandangan macam mana. Setiap orang berhak sampaikan pendapat sendiri. Idea dan pemikiran tidak boleh disekat.
Cuma pada saya secara peribadi, pengumuman kali ni memberi impak besar jugalah.
Benda baik saya kata baik. Benda buruk saya kata buruk. Simple sahaja pada saya.
Anda semua setuju atau tidak dengan tulisan ini, tiada masalah. Itu hak anda semua. Saya tak mahu nak gaduh-gaduh.
Begitulah.
Nota: Gambar di bawah adalah screenshot dari bil elektrik rumah saya melalui apps MyTNB.
Kredit: Facebook Mohd Fadli Salleh
(Pandangan penulis tidak semestinya menggambarkan pendirian Negeri Kita)