Perlawanan Liverpool lawan Real Madrid, 200 penduduk Gemencheh hadir beri sokongan
GEMENCHEH: Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh menganjurkan program Santai Anak Mudo Tengok Bola Live Big Screen bersempena perlawanan akhir UEFA Champions League, Liverpool menentang Real Madrid di Dataran Kampung Tengah.
Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, selain dari tontonan big screen (layar besar), beberapa program santai turut diadakan antaranya Street Soccer 3 on 3, sepakan penalti dan juga cabutan bertuah.
Bagi pertandingan street soccer, sebanyak lapan pasukan yang bertanding dan Abd Latif turut menyertai pertandingan tersebut.
Juara Street Soccer dimenangi oleh pasukan Kampung Tengah yang membawa pulang hadiah wang tunai RM200, tempat kedua Sungai Kelamah 1 (RM150) dan tempat ketiga Bomba Gemencheh (RM100).
Adik Amir dari pasukan Sungai Kelamah 1 dipilih sebagai pemain HARAPAN kerana kelincahannya beraksi di padang.
Bagi acara sepakan penalti, sebanyak 50 hadiah ditawarkan dan menerima penyertaan dari pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan tua, muda, lelaki dan wanita.
Sebelum siaran langsung bolasepak bermula, penonton disajikan dengan makanan.
Sebanyak 50 hadiah cabutan bertuah diberikan kepada penonton yang hadir di mana hadiah utamanya adalah folding bike.
Abd Latif melahirkan rasa syukur di atas sambutan yang menggalakkan.
“Saya bercadang akan menganjurkan program sedemikian pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan silaturrahim bersama penduduk Gemencheh .
“Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program ini,” kata Abd Latif.