Menarik
Permaidani Surau Taman Sri Mawar diganti baharu: GUNASEKAREN
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren bersama Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Puan Jamilah Said Ali telah meninjau pelaksanaan kerja-kerja pemasangan permaidani di Surau An-Nur Taman Sri Mawar 2.
“Kerja-kerja pemasangan permaidani dilaksanakan bagi menggantikan permaidani yang lama dan bagi menceriakan surau untuk kegunaan para jemaah surau.
“Semua kerja naik tarafkan ini dilaksanakan di bawah peruntukan pejabat saya,” kata Gunasekaren.
Turut hadir, Pengerusi Surau An-Nur Taman Sri Mawar, Haji Khalil.