Berita

Persidangan GRPB 2025 perkukuh bajet inklusif pihak berkuasa tempatan

PINANG: Persidangan Kebangsaan dan Rekayasa Neksus Gender Responsive Participatory Budgeting (GRPB) 2025 menjadi wadah penting dalam memperkukuh tadbir urus serta memperkasa bajet inklusif pihak berkuasa tempatan (PBT) ke arah pembangunan seimbang dan mampan.

Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, yang turut terlibat dalam persidangan tersebut berkongsi sesi perbincangan berfokus kepada pelaksanaan bajet berasaskan kesaksamaan gender dalam konteks pembangunan komuniti.

“Persidangan ini berperanan sebagai platform utama untuk memperkukuh peranan PBT dalam merangka strategi pembangunan yang inklusif, selain memastikan dasar-dasar kerajaan memberi manfaat secara adil kepada semua lapisan masyarakat.

“Menariknya, sesi perbincangan turut menekankan kepentingan integrasi prinsip kesaksamaan gender dalam proses perancangan bajet, agar setiap inisiatif dan dasar dilaksanakan secara menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana golongan.

“Hasil perbincangan dan pertukaran idea di persidangan ini akan diterjemahkan kepada pelaksanaan dasar yang lebih progresif, inklusif dan berpaksikan keadilan sosial,” kata Noorzunita.

Persidangan berprestij itu turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Lim Siew Khim, serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif.

Show More

Related Articles

Back to top button