Berita

Persidangan veterinar kumpul ahli akademik dan pakar veterinar

SEREMBAN: Persidangan Konferens Saintifik Tahunan Veterinar mengumpulkan ahli akademik dan pakar veterinar dari seluruh negara.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, tema ‘Updates and Practical Approach in Veterinary Pathology’ memberi penekanan kepada hasil penemuan kajian dan pertukaran idea.

“Saya pasti ini juga satu peluang yang baik untuk semua ahli-ahli bertemu, menjalinkan hubungan dan meluaskan rangkaian masing-masing untuk manfaat bersama.

“Kerjasama daripada semua pakar veterinar amat penting khususnya pada tahun yang mendatang.

“Hal ini disebabkan oleh jurang penyakit berjangkit antara manusia dan haiwan adalah lebih dekat dengan adanya pembangunan setempat.

“Dalam masa sama, dapat memberi kesedaran dan ilmu kepada masyarakat berkenaan haiwan dan penyakitnya,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian ketika Merasmikan Majlis Konferen Saintifik Tahunan Veterinar di Hotel Royale Chulan, Seremban.

Aminuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Patologi Veterinar Malaysia (MAVP) kerana memilih Negeri Sembilan sebagai tuan rumah pada tahun ini.

“Selamat maju jaya diucapkan kepada semua penceramah dan pembentang yang bakal berkongsi ilmu dan pengetahuan yang amat bermakna dalam persidangan ini,” ujar Aminuddin.

Turut hadir, Presiden Persatuan Patologi Veterinar Malaysia (MAVP), Profesor Madya Dr. Md Sabri Mohd Yusoff; Pengerusi Konferensi Saintifik Tahunan, Persatuan Patologi Veterinar Malaysia (MAVP), Dr. Sarenasulastri Awang Besar dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi bersama Konferensi Saintifik Tahunan Persatuan Patologi Veterinar Malaysia, Dr. Redzuan Ibrahim.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button