Berita

Pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI

BUTTERWORTH: Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari berkata bahawa sebanyak 2,500 pertubuhan belia di seluruh negara disasarkan layak untuk memohon geran SejaTi MADANI yang berjumlah RM250 juta.

“Ini adalah bagi membantu organisasi belia untuk menjana pendapatan sendiri serta memperkukuh peranan mereka sebagai pelapis kepimpinan masa depan negara.

“Setiap pertubuhan akan menerima RM100,000 yang disalurkan secara geran penuh.

“Geran RM100,000 yang diberi ini bukan untuk dihabiskan, tetapi ia menjadi modal awal yang diharap mampu berkembang kepada RM500,000 ataupun RM1 juta dalam tempoh setahun melalui pelaksanaan projek yang berdaya maju,” kata Mohammed Taufiq.

Ia juga merupakan satu inisiatif yang bertujuan memastikan pertubuhan belia bukan sahaja bergantung kepada bantuan kerajaan, tetapi juga mampu berdikari melalaui aktiviti penjanaan pendapatan.

Show More

Related Articles

Back to top button