Berita
Pesakit kanser terima sumbangan katil hospital dari Aishah
GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah memberikan sumbangan katil hospital kepada Puan Ruzinah Sumpeno di Kampung Kurnia Raja.
Siti Aishah berkata, Puan Ruzinah mengidap kanser dan menyebabkan pergerakan beliau terbatas.
“Dalam pada itu, saya juga turut memberikan sumbangan kepada Puan Esah Kundor.
“Beliau merupakan warga emas uzur dan hanya terlantar sahaja.
“Oleh hal demikian, sumbangan ini diberikan bagi membantu meringankan beban serta memudahkan urusan ahli keluarga beliau,” kata Siti Aishah