Menarik
Pesakit strok terima katil mudah laras dari Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberi sumbangan sebuah katil mudah laras kepada seorang pesakit strok di Taman Senangin.
Gunasekaren berkata, Encik Mior Amran Abd Rahman, 65, lumpuh anggota badan sebelah kiri akibat kemalangan.
“Semoga sumbangan ini dapat membantu dan memudahkan urusan beliau.
“Terima kasih kepada Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon kerana menyumbangkan katil ini,” kata Gunasekaren.
Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Minnal dan Encik Muganthan serta Pegawai ADUN Seremban Jaya, Puan Jothi.