Berita

PKR sumbang RM30,000 sempena perayaan Tahun Baru Cina

SIKAMAT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan telah memberi sumbangan sebanyak RM30,000 kepada setiap cabang PKR di negeri ini sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Sumbangan tersebut diberikan dalam bentuk baucar yang boleh ditebus di kedai runcit 99 Speedmart.

Bendahari PKR Negeri Sembilan, Dato’ Sim Keng Piao berkata, sumbangan tersebut akan diberikan kepada kaum Cina yang kurang berkemampuan bagi membantu mereka membuat persiapan sempena tahun baru.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil setiap cabang di Pejabat Ranting Kampung Seri Sikamat.

Sumbangan ini juga ditaja oleh Persatuan Belia Berkemahiran Rasah dan Persatuan Kebajikan Harapan NS.

Show More

Related Articles

Back to top button