BeritaMenarik

UMNO Negeri Sembilan akan terus mengalas amanah rakyat: Jalaluddin

SEREMBAN: UMNO Negeri Sembilan akan menggalas amanah rakyat yang diserahkan kepada parti itu, melalui lima ahli Parlimen dan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada tahun November 2022 dan Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN-15) pada Ogos 2023.

Pengerusinya, YB Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, UMNO Negeri Sembilan akan terus berusaha untuk memegang amanah rakyat dan menjaga perjuangan bangsa.

“Saya berazam untuk UMNO Negeri Sembilan terus bekerja kuat bagi membentuk masyarakat yang bermuafakat dan memperkasa perjuangan parti berkenaan.

“Saya meneliti setiap laporan yang dibentangkan, Insya-Allah kita akan terus bekerja kuat untuk memupuk permuafakatan bagi pemerkasaan sebuah perjuangan.

“Bagi tujuan tersebut, UMNO Negeri Sembilan telah menyusun beberapa program berbentuk sentuhan kepada rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum dan bangsa,” ujar Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu.

Jalaluddin berkata demikian selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang ke-7 pada malam Selasa.

Mesyuarat berlangsung di ibu pejabat UMNO Negeri Sembilan di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button