BeritaMenarik

Politeknik Port Dickson diiktiraf Institusi TVET terbaik Asia Pasifik

PORT DICKSON: Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan telah mendapat pengiktirafan Platinum oleh Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan kerana APACC merupakan badan akreditasi yang dihormati di rantau Asia Pasifik khususnya dalam bidang TVET.

“Pengiktirafan daripada APACC bukan sahaja melambangkan kualiti dan keunggulan pendidikan yang ditawarkan, tetapi juga membawa makna bahawa standard institusi kita kini diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap agar pencapaian ini dapat menyuntik semangat dan inspirasi kepada semua institusi TVET di Malaysia untuk terus berinovasi dan mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi, seiring dengan agenda TVET Negara dalam meningkatkan kualiti hidup graduan dan membina masyarakat yang berkemahiran tinggi.

“Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada Politeknik Port Dickson! I’m really proud of this.

“Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk kita terus maju dalam membina masa depan yang lebih gemilang. Insya-Allah,” kata Ahmad Zahid.

Show More

Related Articles

Back to top button