Berita

PRN Melaka medan latihan proses pilihan raya

JEMPOL: Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberikan satu peluang bagi mempelajari proses pilihan raya secara ‘real’ (nyata).

“Walaupun ada di kalangan ahli KeADILan Cabang Jempol sebelum ini pernah menghadiri kursus PACA, tetapi bertugas dalam suasana pilihan raya yang real merupakan pengalaman yang sangat berharga.

“KeADILan Cabang Jempol menggunakan peluang yang diberikan untuk bertugas di DUN Ayer Molek bagi melatih seramai mungkin PACA.

“Selain itu sebahagian lagi anggota yang bertugas di DUN Ayer Molek, diberi pendedahan membuat culaan sebelum pilihan raya dan pada hari pilihan raya pula melaksana tugasan GOTV serta menyediakan pengangkutan kepada pengundi yang tidak mempunyai kenderaan untuk pergi ke pusat mengundi,” jelas Rebin.

Rebin berkata, pengalaman bertugas di PRN Melaka pastinya akan membantu persediaan KeADILan Cabang Jempol menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Rebin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan KeADILan Cabang Jempol yang telah bertungkus-lumus membantu calon Pakatan Harapan, Saudara Mohd Rafee Ibrahim di DUN Ayer Molek.

“Walaupun kita tewas namun banyak perkara yang telah kita pelajari.

“Saya berpandangan sekiranya kita sanggup belajar dari kelemahan ini, Insyah Allah kita akan lebih baik dalam menghadapi PRU-15 akan datang.

“Semoga KeADILan Cabang Jempol terus komited memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang,” kata Rebin.

PACA – Polling Agent and Counting Agent (Ejen tempat mengundi dan ejen kira undi)

GOTV – Get Out The Vote (diminta keluar mengundi)

Show More

Related Articles

Back to top button