Program Pembangunan Belia oleh Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited melaksanakan agenda pembangunan belia secara menyeluruh melalui pendekatan berasaskan kemahiran, kepimpinan, keusahawanan dan keterlibatan komuniti.
Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Mustapha Nagoor (BN) berkata, selaras dengan fokus Belanjawan Negeri Sembilan 2025 dan 2026, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dan memperkasa program berikut:
(A) Program Keusahawanan dan Kepimpinan Belia – Inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan
1. Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)
– Geran sokongan kepada usahawan muda (18–40 tahun).
– Meningkatkan akses modal permulaan kepada belia B40 dan M40.
2. TUNS Plus
– Bantuan tambahan untuk usahawan belia yang ingin mengembangkan operasi, menaik taraf peralatan dan meningkatkan kapasiti perniagaan.
– Pinjaman mudah tanpa faedah sehingga RM15,000 bagi usahawan mikro untuk scale-up perniagaan; diwujudkan bagi membantu usahawan berkembang dari mikro ke mikro-besar.
3. Madani Youth Leadership Camp @ MyLead Negeri Sembilan
– Program pembangunan kepimpinan belia berfokus kepada:
• Kepimpinan komuniti
• Kemahiran komunikasi
• Pengurusan projek
• Advokasi dasar belia
– Melahirkan pemimpin daerah yang berfungsi sebagai rakan strategik Kerajaan Negeri.
– Inisiatif dengan menyediakan pembiayaan penuh bagi setiap pakej yang ditawarkan.
– Bekerjasama dengan beberapa pusat latihan seperti:
• RecLab UiTM Seremban 3
• D’Kok Eco Camp
• PD Sanctuary Camp
• Kem Pusako, Kuala Pilah
• Gua Batu Maloi
• LeTrace Kolej Yayasan Negeri Sembilan (Keusahawanan dan Kemahiran)
4. Bantuan Kecil Usahawan Belia (2025)
– Program bantuan perniagaan kecil bersasar.
– Ramai usahawan belia menerima manfaat pada tahun 2025 melalui pembelian modal asas, peralatan & sokongan
operasi mikro.
– Menjadi bukti komitmen Kerajaan Negeri membantu belia memulakan dan mengekalkan perniagaan.
(B) Program Kemahiran dan Kebolehpasaran Belia
– Pelaksanaan program pembangunan bakat dan kerjaya melalui Negeri Sembilan Career Development and Talent Empowerment Centre (NEST) di mana belia dan graduan diberi pendedahan, latihan industri dan kebolehpasaran — memastikan golongan muda wujud peluang pekerjaan bermutu dalam negeri.
Buat masa ini NEST telahpun bergerak secara kecil-kecilan dan berdikit-dikit bawah Segmen Pembangunan Insan, Yayasan Negeri Sembilan.
Beberapa program telah pun digerakkan sebagai contoh seperti protege iaitu penempatan perantis muda di Yayasan Negeri Sembilan dan Akademi dalam Industri.
– Dana sokong persatuan sukan dan organisasi belia akar umbi — tahun 2025 sahaja, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM185,500 bagi membantu persatuan belia dan sukan di seluruh negeri supaya mampu jalankan aktiviti pembangunan belia dan masyarakat.
– Menggalakkan Penyertaan Belia dalam Pembangunan Negeri
Melalui MPBN dan program rakan strategik belia, lebih ramai belia terlibat menyumbang idea dalam:
● Dasar kerajaan
● Program masyarakat
● Pembangunan sukan
● Aktiviti ekonomi tempatan
– Program latihan industri dan kemahiran teknikal — menurut laporan terkini, program ‘Industry Training Programme’ di Negeri Sembilan menarik 1,778 peserta dan libatkan 33 syarikat; ini memperkukuh daya saing belia dan tenaga kerja mahir terus kekal dalam negeri.
“Kerajaan Negeri komited menjadikan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negeri.
“Melalui gabungan program seperti TUNS, TUNS Plus, MyLead, program kemahiran, kepimpinan serta bantuan usahawan belia, kita yakin generasi muda Negeri Sembilan akan terus menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi dan sosial negeri pada masa kini dan masa hadapan,” jelas Mustapha.
Mustapha berkata demikian semasa menjawab soalan ADUN Sungai Lui, Dato’ Mohd Razi Mohd Ali (BN) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.
Mohd Razi bertanya apakah Program Pembangunan Belia yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kemahiran, kepimpinan dan keusahawanan belia?
Beliau juga mengemukakan soalan apakah impak Program Pembangunan Belia terhadap penyertaan belia dalam kepimpinan komuniti dan pembangunan negeri?



