BeritaProgram

PRU-15: Negeri Sembilan umum cuti 18 November

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan cuti umum pada 18 November 2022 (Jumaat).

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Dr.Razali Ab Malik berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Sembilan yang bersidang pada 9 November telah bersetuju untuk memberikan cuti umum pada 18 November; sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Sembilan membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU-15 pada 19 November ini,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button