Berita

Reformasi kawalan keselamatan makanan asas kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr.Dzulkefly Ahmad telah merasmikan Ekspo Makanan Selamat (eMAS) 2025 dan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia (WFSD) Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

Bertemakan “Food Safety: Science in Action”, sambutan ini menekankan peranan sains dalam membentuk sistem keselamatan makanan yang kukuh dan lestari.

eMAS menjadi platform menghubungkan ilmu, advokasi dan tindakan demi kesejahteraan rakyat selari dengan nilai Malaysia MADANI.

Intipati WFSD dan eMAS 2025:

1. Sains sebagai asas reformasi keselamatan makanan melalui pembangunan standard, garis panduan Codex dan penilaian risiko.

2. Pelancaran Modul Latihan Pengendali Makanan Khas untuk OKU.

3. Peningkatan 24.9% premis makanan menerima pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) (11,200 kepada 13,998 premis).

4. Penubuhan National Centre for Food Safety (NCFS).

5. Aktiviti interaktif sepanjang eMAS 2025 seperti pameran, pocket talk, reruai dan acara pentas.

Komitmen KKM:

1. Perkukuh sistem keselamatan makanan berasaskan sains, teknologi dan penilaian risiko.

2. Inisiatif advokasi: Perhati dan Pilih dan Lihat Hidu Rasa.

3. Menerajui teknologi makanan dalam perkhidmatan awam melalui SSPA.

4. Modul FooYoo (Food Safety for Young Generation) untuk celik makanan dalam kalangan belia.

5. Luaskan penglibatan OKU dalam sektor makanan melalui latihan dan pensijilan.

6. Didik pengguna membaca label dan amalkan keselamatan makanan.

7. Perkukuh dasar dan strategi keselamatan makanan berpaksikan data dan sains.

8. Galakkan pensijilan BeSS secara menyeluruh.

eMAS 2025 dan WFSD adalah usaha berterusan kerajaan MADANI menjadikan keselamatan makanan asas kesihatan, pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan negara.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr.Ismuni Bohari; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ts.Zailina Abdul Majid.

Show More

Related Articles

Back to top button