Berita

REPAH: 30 pelajar IPT terima sumbangan komputer riba

REPAH: 30 pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dari DUN Repah terpilih ke Program Kepimpinan yang dijalankan oleh Lenovo Malaysia, Pertubuhan Sains dan Kesejahteraan (SWO) serta AAA Solutions Sdn Bhd.

Bagi fasa pertama, seramai 12 pelajar telah menerima sumbangan komputer riba dari ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam.

“Terima kasih Lenovo Malaysia, SWO dan AAA Solution Sdn Bhd kerana memilih DUN Repah untuk pelaksanaan projek perintis mereka bagi perkembangan dan peningkatan pendidikan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Saya rasa terharu dan ingin menyampaikan penghargaan tertinggi kepada mereka dan harap lebih banyak projek seperti ini dapat dijalankan untuk pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan di DUN Repah,” kata Veerapan.

Veerapan berkata, komputer riba ini dilengkapi dengan spesifikasi pelajar, bernilai RM2,960 seunit dan berkualiti tinggi.

“Ini merupakan hadiah yang amat berharga untuk pelajar IPT yang kurang berkemampuan pada waktu pandemik ini, apabila pelajar terpaksa mengikuti kelas secara atas talian.

“Pelajar yang terpilih ini akan mengikuti Program Kepimpinan Lenovo melalui atas talian yang akan berlangsung selama dua minggu.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengasas SWO, Dr.Arul Shanker dan Presiden SWO, Puan Caroline Adrian, yang sudi menyumbangkan komputer riba ini,” kata Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button