Berita

RM 446 ribu diperuntukkan bagi perkasa institusi pendidikan Islam

SEREMBAN: Sebanyak RM 446,850 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan bagi memperkasakan institusi pendidikan Islam di negeri ini.

Peruntukkan tersebut telah diberikan secara terus kepada institusi yang berdaftar bagi memastikan ketelusan dan kecekapan penyampaian.

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Encik Norazman Mohamad.

Sebahagian agihan yang diberikan melibatkan Madrasah Tahfiz As-Saidiyah sebanyak RM 27,150 dan Maahad Tahfiz As-Salihin sebanyak RM 45,000.

Sumbangan tersebut adalah salah satu usaha bagi pengukuhan operasi dan pengurusan institusi yang mampu memberi manfaat langsung kepada ratusan pelajar.

Inisiatif penyaluran yang dilaksanakan ini bukan sahaja mempercepatkan akses kepada sumber kewangan malahan mengurangkan birokrasi.

Secara tidak langsung ia mampu menjadi pemangkin kepada kelansungan institusi pendidikan serta pembangunan generasi huffaz yang berkualiti dan berdaya saing di Negeri Sembilan.

Selain itu, ia turut mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap bantuan dimanfaatkan secara optimum demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan pendidikan Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button