BeritaMenarik

Parkir letak kereta percuma di Pasar Baru Port Dickson

SRI TANJUNG: Pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan Pasar Baru Port Dickson, tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 10 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB G.Rajasekaran berkata, beliau telah mengadakan rundingan dengan syarikat Stellar Parking Sdn Bhd bagi menawarkan kemudahan parkir percuma kepada masyarakat.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Urusan Stellar Parking Sdn Bhd, Puan K.Shanti yang memberi kelonggaran masa percuma parkir kenderaan di kawasan Pasar Baru Port Dickson.

“Semoga berkat usaha semua, kita akan berjaya memberi khidmat yang terbaik untuk semua warga DUN Sri Tanjung,” ujar Rajasekaran.

Show More

Related Articles

Back to top button