Berita

Semangat khidmat untuk rakyat jadi pemacu Rajasekaren

SRI TANJUNG: Keberkesanan seorang pemimpin atau petugas di DUN Sri Tanjung bukan hanya terletak pada jawatan yang disandang, sebaliknya pada sejauh mana amanah itu diterjemahkan kepada tindakan demi kepentingan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dato’ Dr. G. Rajasekaren menegaskan, dalam landskap khidmat masyarakat, ukuran sebenar kepimpinan adalah keupayaan melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, bukan sekadar memegang jawatan.

“Selain menyelesaikan masalah harian yang dihadapi penduduk, setiap peranan juga perlu digalas dengan visi jangka panjang untuk Sri Tanjung.

“Persoalan utama yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana taraf hidup komuniti dapat ditingkatkan melalui inisiatif pendidikan, peluang perniagaan kecil serta aspek kebajikan.

“Semangat ‘Khidmat Untuk Rakyat’ menjadi pembeza antara pentadbiran yang biasa dengan pentadbiran yang luar biasa, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan terhadap kesejahteraan masyarakat di kawasan itu,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button