Berita

Arul Kumar: Rumah ibadat Bukan Islam Negeri Sembilan bayar cukai tanah RM10 sahaja

SEREMBAN: Rumah-rumah ibadat Bukan Islam di Negeri Sembilan yang memiliki tanah hak milik untuk kegunaan keagamaan atau rumah ibadat layak menerima remisyen cukai tanah dengan bayaran RM10 sahaja untuk setahun dan perlu memohon setiap tahun kepada pejabat daerah dan tanah masing-masing.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah meluluskan permohonan remisyen daripada Pertubuhan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman, Bandar Springhill dengan memberikan pengecualian bayaran cukai tanah sebanyak RM 8306.00 bagi tahun 2015 sehingga 2021 dan hanya perlu membayar RM70 sahaja untuk tujuh tahun.

“Remisyen setiap tahun bagi pembayaran cukai tanah bagi pertubuhan tempat ibadat sebagai badan yang tidak bermotifkan keuntungan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan mereka,” kata Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB Arul Kumar Jambunathan.

Show More

Related Articles

Back to top button