Setiap perancangan adalah demi kesejahteraan rakyat

SEREMBAN: Exco (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, perancangan yang baik bukan sekadar membina bangunan, tetapi membina komuniti yang sejahtera.
“Kita mahu pastikan zon perumahan, kawasan industri, dan ruang hijau di Negeri Sembilan dirancang dengan penuh ketelitian bagi mengelakkan isu-isu berbangkit di kemudian hari,” kata Jalaluddin.
Jalaluddin berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 2/2026.
“Platform ini membolehkan kita meneliti setiap cadangan pembangunan dengan rapi, memastikan tiada kawasan yang terpinggir daripada arus kemajuan.
“Kerjasama antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan agensi teknikal terus diperkukuh demi masa depan anak cucu kita,” ujarnya yang juga Exco (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup.



