SIKAMAT: Seribu keluarga terjejas pendapatan akibat PKP3.0 terima bantuan makanan
Sasaran seribu lagi keluarga akan menerima bantuan pada bulan Julai ini
SIKAMAT: Sebanyak 1,000 keluarga yang terjejas pendapatan di DUN Sikamat akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), telah menerima bantuan makanan dari ADUN Sikamat, YAB Dato’Seri Aminuddin Harun.
“Sepanjang bulan Jun, sebanyak 1,000 keluarga termasuk yang terjejas pendapatan serta dikuarantin akibat PKP 3.0 dan pandemik Covid-19 telah menerima bantuan barangan keperluan dapur yang dihantar dari rumah ke rumah.
“1,000 keluarga ini merupakan penerima bantuan di bawah Fasa 1 DUN Sikamat.
“Pada masa yang sama, kita sedang mengagihkan bantuan makanan kepada 1,000 lagi keluarga di bawah Fasa 2 pada bulan Julai ini.
“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga ini menghadapi cabaran PKP 3.0 dan wabak Covid-19,” kata Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.