Berita

SJKT Bandar Springhill terima sumbangan RM480,000

BANDAR SPRINGHILL: Hasil inisiatif Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook; syarikat YTL telah menyumbang sebanyak RM450,000 bagi pembinaan dewan terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Springhill, Lukut.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren dan ADUN Lukut, Choo Ken Hwa telah menghadiri majlis penyerahan cek di SJKT Bandar Springhill.

Gunasekaren berkata, sekolah ini yang menempatkan seramai 385 murid dan akhirnya bakal memiliki dewan terbuka sendiri selepas lebih dua tahun usaha dijalankan.

“Selain itu, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun turut menyumbang sebanyak RM30,000 pada penghujung tahun lalu.

“Dengan sokongan ini, pembinaan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh setahun.

“Kerajaan sentiasa menyalurkan pelbagai bantuan kepada sekolah Tamil setiap tahun, namun tidak semua permohonan dapat dipenuhi segera.

“Justeru, peranan syarikat swasta dan individu amat penting dalam memastikan sekolah Tamil terus berkembang, sekali gus menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selesa buat anak-anak kita.

“Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan menyumbang demi masa depan pendidikan generasi akan dating,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button